Cakar Ayam

Jemputan menulis. Kunjungi gegakgempita.com

🎉 New Year in loading…

Ernie Zakri diumum Bintang Paling Popular ABPBH-37

124 juta undian, bawa pulang RM30,000

Ernie Zakri diumum Bintang Paling Popular ABPBH-37

Ernie Zakri diumum Bintang Paling Popular ABPBH-37. Ramai yang ucap tahniah. Bila pengacara umum jumlah undi yang diperolehinya, saya terkejut sebab sekali imbas macam tak masuk akal. Kalau jumlah undi beratus ribu, logik lah. Tapi, kalau 124 juta tu rasanya tersasar jauh, melain satu undi digandakan dengan angka yang besar atau setiap seorang dibenarkan mengundi seberapa banyak yang mereka suka. Tetapi, ini cara yang tidak betul lah. Asas saya senang sahaja.

Penduduk Malaysia hanya ada lebih kurang 32 juta orang. Sekiranya semua rakyat tanpa mengira umur mengundi sekali pun, mustahil angka itu boleh diperolehi. Berapa lama pulak dia orang nak kira undi ni sebab ada 5 calon untuk kategori itu. Berita Harian patut jelaskan sebab ia menimbulkan persoalan.