“Saya pernah nampak dan kenal pakcik”
Siang tadi saya beratur di kaunter tiket di satu stesen MRT di Cheras untuk ke KL. Biasanya saya naik kereta tetapi disebabkan kesesakan jalan raya yang agak teruk saya mencari parkir di stesen MRT itu untuk menaiki keretapi ke sebuah mall. Bagi warga emas seperti saya, lebih untung dengan membeli tiket perkalanan dalam bentuk token daripada menggunakan kad Touch & Go atau kad-kad lain. Beli tiket token untuk warga emas lebih murah berbanding harga tambang biasa, tetapi kena tunjuk kad pengenalan atau mykad sebab petugas di kaunter nak pasti warga emas itu tulen. Di kaunter, petugas dalam lingkungan hujug 20-an atau awal 30-an sedang tekun melayan penumpang untuk membeli tiket dan bertanyakan mengenai perjalanan mereka. Selain membeli tiket saya bertanya mengenai pertukaran stesen.
Saya mengeluarkan dompet untuk mengambil mykad tetapi petugas tu kata tidak perlu. Dia beri alasan kenal saya dan pernah bertemu tetapi tidak ingat di mana. Maknanya dia tahu bahawa saya adalah warga emas tulen. Setelah mengucapkan terima kasih saya berjalan ke platform keretapi monorel ke mall yang dituju. Cuma nak bagitahu dalam dunia ini kita jangan buat perkara tidak senonoh kerana walaupun kita bukan orang popular tetapi ramai yang kenal kita. Kalau kita buat baik, ada sahaja orang yang akan bantu bila diperlukan, ini kita kena percaya. Itu sahaja coretan saya untuk Gegak Gempita.
Warga Emas
11 Disember 2025
Comments ()