Malaysia Book of Records KAKATOO F&B cipta sejarah
Kuala Lumpur, 28 Februari 2026 – Bengkel membuat kuih warisan Baba dan Nyonya dengan penyertaan 138 wanita berpakaian kebaya mencatat sejarah apabila disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.
Pengiktirafan itu diberikan dalam kategori peserta paling ramai membuat kuih angku (Most Participants Wearing Kebaya in an Angku Kuih-Making Workshop)
anjuran Kumpulan KAKATOO F&B di sini Quill City Mall di sini, hari ini.
Bengkel itu mengumpul paling ramai wanita memperagakan pakaian tradisional dalam bengkel itu bagi melayakkan pencapaian itu diiktiraf sebagai satu rekod kebangsaan baharu.
Bengkul yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot itu menyokong dan memperkukuh agenda pelancongan berasaskan budaya dan warisan negara.
Penganjuran bengkel itu adalah sebahagian daripada inisiatif KAKATOO F&B sebagai Rakan Strategik Visit Malaysia 2026 (VM2026), yang memberi penekanan kepada pengalaman pelancongan berteraskan warisan tempatan, khususnya budaya Peranakan (Baba dan Nyonya).
Program itu menggabungkan dua elemen warisan yang signifikan, iaitu pemakaian kebaya yang kini diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara oleh UNESCO, serta kuih angku yang melambangkan kemakmuran, kesejahteraan dan kesinambungan tradisi dalam masyarakat Malaysia.
Pengerusi Kumpulan KAKATOO F&B , Datuk Yusof Izahar menyifatkan pengiktirafan itu sangat bermakna dalam usaha memelihara dan memartabatkan warisan kulinari Peranakan.
“Pengiktirafan ini membuktikan warisan makanan tradisional mampu diketengahkan secara kreatif dan berskala besar.
"Di KAKATOO, kami melihat makanan sebagai medium penyatuan budaya, identiti dan sejarah. Kepada kamu, pencapaian ini adalah permulaan kepada usaha yang lebih besar,” katanya.
Beliau berkata, kejayaan bengkel ini turut membuka potensi untuk menjadikan aktiviti pembuatan kuih tradisional sebagai produk pelancongan budaya secara interaktif, selari dengan aspirasi VM2026 untuk menawarkan pengalaman unik kepada pelancong domestik dan antarabangsa.
Menurutnya, program itu mencerminkan semangat perpaduan apabila melibatkan penyertaan wanita daripada pelbagai kaum dan latar belakang, sekali gus menggambarkan keharmonian budaya yang menjadi kekuatan Malaysia.
Penganjuran acara ini mendapat sokongan rakan strategik termasuk BMW Quill Automobile sebagai Rakan Automotif Rasmi, Quill City Mall sebagai Rakan Rasmi Utama dan Noeme sebagai Penaja Platinum.
Datuk Yusuf optimis kejayaan itu menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak program kebudayaan berskala besar pada masa hadapan, dalam usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan warisan, kepelbagaian budaya dan nilai tradisi.



















































Comments ()