MOTAC sokong program KAKATOO dalam kalendar pelancongan
Kuala Lumpur, 28 Februari 2026 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menimbang kemungkinan memasukkan program gabungan budaya dan makanan dalam kalendar pelancongan Melawat Malaysia setiap tahun.
Ini berikutan kejayaan program KAKATOO – Most Participants Angku Kuih Making Workshop- dengan penyertaan 138 wanita berkebaya disenaraikan dalam Malaysia Book of Records hari ini. Pengiktirafan program ini berdasarkan penilaian nilai budaya, impak promosi serta potensinya dalam menyokong pembangunan pelancongan berasaskan warisan.
Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, penganjuran program berteraskan warisan seperti ini selari dengan keutamaan kementerian untuk memperkukuh penawaran produk pelancongan yang autentik, berasaskan komuniti dan berimpak mampan.
Menurut beliau, warisan Peranakan Baba dan Nyonya merupakan antara aset budaya negara yang signifikan dan mempunyai nilai tambah yang tinggi sebagai tarikan pelancongan, khususnya dalam menarik minat pelancong antarabangsa yang ingin memahami kepelbagaian identiti budaya Malaysia. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di Quill City Mall, di sini.
Menurutnya, bengkel seperti ini adalah sejajar dengan pelaksanaan Visit Malaysia 2026 (VM2026) yang menekankan pembangunan pengalaman pelancongan berasaskan budaya, komuniti dan warisan tempatan yang berdaya saing,” ujarnya.
Pada majlis itu, MOTAC turut merakamkan penghargaan kepada KAKATOO F&B Group dan Quill City Mall atas komitmen mereka dalam menyokong agenda pemeliharaan warisan serta usaha memperkasa produk pelancongan budaya negara.




Comments ()