Cakar Ayam

Jemputan menulis. KLik Sini > gegakgempita.com

🎉 New Year in loading…

Restoran Kakatoo buka tempahan Bufet Ramadan

Restoran Kakatoo buka tempahan Bufet  Ramadan
Dari kiri: Chef Bob, Datuk Yusof dan Joyce Chong

KUALA LUMPUR: Kakatoo F&B Malaysia menawarkan pakej istimewa kepada korporat atau organisasi untuk menganjurkan majlis berbuka puasa dan infak di Restoran Kakatoo sepanjang Ramadan 1447 Hijrah ini.


Pengerusi Kumpulan Kakatoo F&B Malaysia, Datuk Yusuf Izahar menjelaskan tempahan berkelompok ekslusif Bufet Ramadan adalah untuk majlis di dua Restoran Kakatoo - di Quill City Mall Kuala Lumpur dan Ativo Mall, Seri Damansara dengan kapasiti maksimum 120 peserta dengan bayaran RM15,000. Tempahan dibuka sekarang.


Restoran Kakatoo dikenali dengan sajian masakan warisan nyonya, selain makanan yang digemari rakyat pelbagai kaum.

"Kami sangat mengalu-alukan mana-mana pihak, terutamanya korporat yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa dan iftar membuat tempahan secara 'block booking' mulai sekarang," katanya. Datuk Yusuf berucap mengalu-ngalukan kira-kira 100 tetamu mewakili ahli korporat, pegawai bank, pemimpin Badan Bukan kerajaan (NGO) dan individu pada majlis 'food tasting' Bufet Ramadan di Restoran Kakatoo Quill City Mall.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kakatoo F&B Malaysia, Puan Joyce Chong berkata untuk tempahan, pihak penganjur boleh memilih tarikh yang sesuai bagi membolehkan mereka menggunakan seluruh ruang jamuan di restoran itu.
Sebelum waktu berbuka, pihak restoran juga akan menyediakan penceramah agama untuk sesi tazkirah.


“Penganjur juga dialu-alukan untuk mengadakan iftar bersama rumah anak yatim, sekolah tahfiz atau golongan kurang upaya, dengan syarat pengangkutan disediakan oleh pihak penganjur," katanya.


Sementara itu, sepuluh lagi cawangan Kakatoo di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan dengan menerima tempahan berbuka puasa untuk keluarga, kumpulan kecil dan individu.
Joyce berkata, sebagai rakyat negara ini, Restoran Kakatoo ingin bersama-sama mengimarahkan Ramadan mengikut kemampuan dan permintaan pelanggan.
Dari segi hidangan, beliau menjelaskan Kakatoo menyediakan kira-kira 100 jenis makanan dengan harga yang kompetitif, di samping berbuka puasa dalam suasana yang selesa dan ekslusif.

Chef Bob yakin pelbagai juadah yang disediakanya akan memuaskan hati pelanggan.


Menurutnya, selain makanan masakan nyonya yang lazat, pelbagai juadah tradisional lauk pauk, kuih-muih dan minuman disajikan sepanjang Ramadan.