Cakar Ayam

Jemputan menulis. Kunjungi gegakgempita.com

🎉 New Year in loading…

Koperasi Sahabat AIM sertai program keusahawanan Natalah

Koperasi Sahabat AIM sertai program keusahawanan Natalah
Duduk dari kiri – Joyce, Datuk Yusuf, Mohd Najib dan Mazri menandatangani MoU disaksikan pegawai kedua-dua entiti.

KUALA LUMPUR, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Berhad (Koop Sahabat) yang mempunyai lebih 460,000 anggota menjadi satu lagi rakan strategik program keusahawanan Natalah khasnya untuk golongan B40.

Ini berikutan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Koop Sahabat dan LJP Kitchen Sdn Bhd untuk menyertai program anjuran Kakatoo Malaysia yang bertujuan untuk menggalakkan penyertaan usahawan dalam perniagaan Makanan dan Minuman (F&B).

Setakat ini, rakan strategik Kakatoo untuk menjayakan program ini ialah Koperasi Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat Berhad), (Kop KGMMB), ALAA Consultancy (M) Sdn Bhd dan Dosz Coffee.

Buat permulaan, program ini menggalakkan penyertaan perniagaan tart telur sebelum makanan kegemaran lain.

MoU untuk menggalakkan anggota Koop Sahabat menyertai program
Natalah tart telur Kakatoo Malaysia itu menyaksikan sambutan yang menggalakkan apabila ramai antara mereka mendaftar untuk menyertai program itu.

Melalui koperasi itu, setiap peserta terpilih akan mendapat pembiayaan RM15,000 untuk pembelian pekakasan termasuk oven dan bahan yang diperlukan, selain latihan.

MoU ditandatangani oleh Pengerusi Kumpulan Kakatoo F&B, Datuk Yusuf Izahar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kakatoo Malaysia, Joyce Chong mewakili LJP Kitchen manakala Pengerusi Koperasi Sahabat AIM,
Mohd Najib Haji Mohd Noor dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mazri bin Mahmood mewakili Koop Sahabat.


FOTO GALERI: SEPETANG KITA BERSAMA.