Cakar Ayam

Jemputan menulis. Kunjungi gegakgempita.com

🎉 New Year in loading…

Ucapan Hari Jadi guna WA

Ucapan Hari Jadi guna WA
Ramai anak-anak yang tidak pernah mengucapkan sepatah pun Selamat Hari Jadi kepada kedua-dua ibu bapa mereka sehinggalah kedua-duanya meninggal dunia.
"Selamat Hari jadi ayah/ibu, semoga sihat, panjang umur, murah rezeki dan diberkati,"

adalah antara contoh mesej yang dihantar oleh anak-anak pada hari lahir ibu dan bapa mereka. Namun, walaupun tinggal sebumbung atau berdekatan kata-kata ini bukan lah diucapkan sambil bersalaman, sebaliknya ia dihantar melalui mesej Whatsapps (WA) telefon. Si ayah dan ibu pula menjawab "terima kasih anakku".


Walaupun agak janggal, tetapi dengan adanya WA ini, ia lebih baik daripada keadaan 50 atau 60 tahun dan sebelum itu. Ketika itu anak-anak tidak pernah megucapkan Selamat Hati Jadi kepada ayah dan ibu mereka kerana itu bukan amalan masyarakay Melayu. Tambahan pula anak-anak mempunyai pelbagai perasaan terhadap ayah dan ibu mereka. Ada yang segan, takut, hormat dan sebagainya.

Pada kebanyakan mereka, terutamanya dibesarkan dalam suasana kampung, tarikh hari jadi adalah sama taraf seperti hari-hari lain. Namun, ada juga masyarakat ketika itu menyambut hari jadi dengan cara sendiri terutamanya status sosial mereka agak tinggi. Mereka menyambutnya dengan menganjurkan parti dan meniup kek dan majlis tari menari. Bagi mereka yang cenderung kepada keagamaan pula, mereka mengadakan majlis doa selamat.

Ramai anak-anak yang tidak pernah mengucapkan sepatah pun Selamat Hari Jadi kepada kedua-dua ibu bapa mereka sehinggalah kedua-duanya meninggal dunia.


Nampaknya kaedah mengirim mesej WA ini menyelamatkan anak-anak dengan cara mudah untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun kelahiran kepada ayah dan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka. Rugi sangat rasanya kerana dengan adanya applikasi WA inj peluang untuk bersalaman dan berpelukan dengan ibu dan ayah mereka terlepas begitu sahaja. Jika ada pun anak-anak hanya setahun sekali sahaja mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada kedua-dua ibu bapa masing-masing.


Saya percaya ramai anak-anak termasuk seangkatan dengan saya yang tidak pernah mengucapkan sepatah pun Selamat Hari Jadi kepada kedua-dua ibu bapa mereka sehinggalah kedua-duanya meninggal dunia.


Walaupun kaedah mengirim ucapan melalui WA hari jadi ini lebih baik daripada tanpa ucapan dan ingatan, namun adalah lebih afdal jika ia diucapkan dengan suara terutamanya mereka yang tinggal serumah atau berdekatan. Bagi yang tinggal jauh, boleh sahaja buat panggilan video dan ucapkan lah Selamat Hari Jadi kepada orang yang tersayang.

Wok Mazlan
Saujana Utama,
Sungai Buluh, Selangor.
30 Disember 2025